"Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi tumbuhnya memenuhi bumi lembah dan tanah yang tinggi kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada' kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya yang pemurah ibarat air mengalir deras dermanya bagai mencurah-curah kemenangan pasti terjadi kerana ia adalah janji tuhan zaman gemilang islam pasti datang kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman"
. : Time : .
. : Songs : .

. : Best Link : .





. : Chit Chat : .

Free shoutbox @ ShoutMix

. : Friends : .
  • :: AKHI AFIQ ::
  • :: AKHI CHIPTO ::
  • :: AKHI FATHI ::
  • :: AKHI MUHAIMIE ::
  • :: AKHI ROSSAIN ::
  • :: AKHI SALIHIN ::
  • :: AKHI SALMAN ::
  • :: AKHI SEH ::
  • :: AKHI SYED ::
  • :: AKMAL ::
  • :: ANIS ::
  • :: AYU ::
  • :: DELI ::
  • :: IMAD ::
  • :: KAUSAR ::
  • :: KHALILAH ::
  • :: KITARO ::
  • :: ZULPAHANG ::
  • PENGORBANAN TIADA SEMPADAN...
    Thursday, November 30, 2006

    SALAM EIDULADHA pembuka bicara ana buat kali ini. 3awashir mabrook buat teman-teman seperjuangan semua. Sedar tak sedar setelah ditolak, ditambah, dibahagi, dikali maka genaplah 458 hari ana berada di bumi ANDALUS yang suatu ketika dulu amat masyhur di mata dunia. Kejatuhan kerajaan ANDALUSIA ke tangan SEPANYOL mempengaruhi sebahagian besar masyarakat MOROCCO di kala ini. Budaya, adat dan tatacara lebih bercirikan EROPAH. Namun di sinilah bermula segalanya bagi diri ana hampir 18 tahun terperuk di tempat kelahiran sendiri. Di sinilah bermula satu kehidupan yang amat bermakna buat diri ini. Di sini baru ana tahu untuk hidup berdikari tanpa keluarga tersayang di sisi. Sahabat-sahabat seperjuanganlah yang menjadi penghibur di kala kesunyian, di kala kesedihan, di kala kesempitan. Mereka ibarat seperti keluarga sendiri bila berada di perantauan seperti ini. Namun semuanya perlu ditempuh, dilalui, direntasi dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.

    KISAH hidup seseorang pasti banyak ranjau dan durinya, begitu jua dengan ana. Selangkah kaki turun dari kapal terbang sejuta fikiran melayang memikirkan situasi dan persekitaran baru yang bakal ditempuhi. Buat pertama kali berkomunikasi dengan arab ana rasakan diri ini amat lemah dan tak berguna. Terasa satu perubahan yang begitu drastik dan amat sukar diterima. Namun semuanya kesilapan dari diri ini juga yang tiada kemahuan untuk belajar lebih mendalam sebelum melangkah ke sini. Walaubagaimanapun, tiada kalimah sesal@kecewa@seumpa denganya dalam diri ini. Usaha perlu diteruskan demi masa depan yang tak tahu penghujungnya. Hari demi hari dilalui, jam demi jam direntasi, detik demi detik diteliti dan alhamdulillah hingga ke saat ini ana masih boleh menjalankan kehidupan seperti orang lain. Sejak dari tahun sem 1 menjejakkan kaki ke universiti kemudian naik pula ke sem 2 dan kini di penghujung sem 3, banyak pengalaman ditimba jua onak duri yang diterima. Namun itu semua bukan alasan untuk ana mengundur diri sebelum berjaya. Setiap manusia ada kelemahan ada kelebihan, ada baiknya, ada buruknya. Kesilapan lalu jadikan pengajaran buat pedoman masa depan.

    Pengorbanan oh pengorbanan...
    Kalimah yang harus ada di setiap diri insan yang hidup di muka bumi ALLAH SWT ini. Pengorbanan berlaku sejak dari zaman nabi sebelum Nabi Muhammad SAW lagi hingga ke hari ini. Ungkapan pengorbanan bisa disebut di segenap bibir masyarakat zaman kini. Pernah ana fikir apakah pengorbanan kita terhadap ALLAH SWT? Apakah pengorbanan kita terhadap Nabi MUHAMMAD SAW? Apakah pengorbanan kita terhadap agama ISLAM? Apakah pengorbanan kita untuk keluarga kita, untuk masyarakat, untuk bangsa, untuk negara dan diri kita sendiri? Tepuk dada tanya iman sendiri. Sehingga ke saat ini, alhamdulillah segalanya berjalan lancar kehidupan ana di sini dengan bantuan ALLAH SWT. Moga ALLAH SWT tetapkan niat ana ke sini untuk apa, untuk siapa, dan mengapa ke sini serta kenapa ana di sini. Marilah kita membuat satu pengorbanan yang bisa membibitkan rasa gembira bagi orang yang berdamping dengan kita. Tak kira maha berkuasa ataupun manusia biasa.

    Di hari mulia
    dan indah ini, ungkapan kemaafan dari ana buat semua sahabat. Semoga aidiladha kali ini bermakna buat diri sahabat-sahabat semua. Tautan yang kini bina dan semai berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah. Buang yang keruh ambil yang jernih agar hidup sentiasa diredhai dan diberkati. Salam diucap penutup kalam buat kali ini. Moga ketemu di lain bicara.
    posted by imtiaz @ 11:12 PM   0 comments
    KELEKAAN TANPA DISEDARI...
    Thursday, November 23, 2006

    Assalamualaikum WBT...

    +apa habaq semua?sehat sahabat²ku?
    +arini ana nak citer skit satu artikel yang ana terbaca kat satu tempat tuh...tak ingat kat mana?!!maybe newspaper.
    +terus kat pointlah ok.. dalam tu citer pasai R-E-M-P-I-T.
    +ana pasti semua sahabat semua tahukan.
    +citernyer adalah sorang org besar tuh turun padang untuk berjumpa dgn mat² rempit ni.
    +then dikatakan jumlah mat rempit di luar jangkaan.
    +adalah lebih kurang beribu² jugalah. maaf xingat. seluruh mesia tuh.
    +then, kata org besar tu lah kan. kita sepatutnya beri peluang kat mat rempit ni coz inilah trend n gaya dorang masa kini.
    +klu kita nak pulihkan mereka kita mesti ikut rentak zaman skang.
    +so, dia cdgkan buat satu program khas tuk mat rempit.
    +sebab lain katanya ada di kalangan mat rempit ni mempunyai lebih dr 250 gerai burger seluruh mesia.
    +kuat tuh pengaruh mereka.
    +so, dia amik inisiatif wat program tuk mat rempit sahaja.
    +ni rumusan yang telah dibuat oleh mereka:-
    +R-rohani bersih
    +E-emosi sentiasa tenang
    +M-material
    +P-peraturan @ undang² jalan raya mesti dipatuhi
    +I-inovatif dan kreatif
    +T-toleransi

    ******************************************************************

    p/s : fikirkanlah sahabat²ku.
    sekian saja tuk kali ni. jumpa di lain masa.


    Grazie ciao.
    wassalam.
    posted by imtiaz @ 8:28 PM   0 comments
    SALAM PEMBUKA BICARA...
    Thursday, November 02, 2006

    Salam di ucap pembuka kalam... Jari disusun mengorak langkah untuk terus menaip... Sepatutnya sepuluh malam terakhir orang sibuk mengejar untuk mengerjakan ibadah tapi ana??? Namun bukan bermakna ana terus melupakannya... Ana masih setia dengannya... Hari mendatang tak ku tahu akan bertemu semula ataupun tidak... Kehilangannya amat di rasai nanti... Kedatangannya bukan selalu dalam hidupku ini... Ana perlu terus dan
    terus dan terus mengejarnya agar ia tidak lari lebih jauh lagi... Biarlah sisa hari yang
    tinggal ini ana fokuskan sepenuh perhatian kepadanya... Agar ia tidak kecewa dengan sikapku untuk kali ini... Moga ia kembali masa akan datang dengan penuh ceria dan gembira.

    ******************************************************************

    "RENUNGKANLAH"

    Dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Abi Hatim diberitakan bahawa pada suatu hari, nabi bercerita mengenai seorang lelaki Bani Israil yang memakai baju perang untuk berperang pada jalan Allah selama seribu bulan. Maka, sahabat terperanjat dan takjub dengan cerita itu dan diturunkan surah al-Qadar maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran,malam al-lqadar itu? Malam al-qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadar: 1-5)
    posted by imtiaz @ 3:31 PM   0 comments
    . : Me : .

    IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
    See My Story
    . : Previous Post : .
    . : Archives : .
    . : Cogitation : .
    SAJAK-MAK...INSAN TERSAYANG-
    Emak... Walau jauh ku berlari?
    Walau dalam laut ku selami, Walau tinggi gunung ku daki;
    Padamu jua akan ku kembali, Kerana kamu aku ada di sini;
    Keranamu aku terus berdiri, Kasihmu buatku yakin menempuh hari;
    Nasihatmu benteng melindungi diri, Emak..
    Tidak dapat ku bayangkan, Jika aku melalui hidup ini tanpamu;
    Tentu beronak jalan di hadapanku, Seperti mana segelintir temanku?
    Terkilan untuk menagih kasih ibu, Andai ada orang bertanya;
    Jika aku diberi peluang untuk meminta...apakah yang aku inginkan, Aku akan berkata...
    Aku tidak mahukan apa-apa...Kerana Allah telah mengurniakan aku seorang IBU...
    Anugerah yang tidak ternilai, apakah yang aku inginkan, Harganya...
    91205))k e m b a r a.. i l m u.. p e r s i s.. m u t i a r a.. k e h i d u p a n >>Template by Isnaini Dot Com