IMAM BUKHARI
Nama beliau ialah Mohammad b. Ismail b.Ibrahim b. Mughirah b.Bardizbah.Imam Bukhari dilahirkan pada tahun 193 hijrah.Imam Bukhari telah dikurniakan oleh Allah ingatan yg kuat.seperti mana yg dikatakan oleh Mohd bin Hamdawaih " aku mendengar Bukhari berkata" "aku menghafal 100,000 hadis sohih dan aku juga menghafaz 200,000 hadis tak sohih.Imam Bukhari telah memilih nama bg kitab sohihnya iaitu الجامع المسند الصحيح المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه
Imam Bukhari berkata: tidak aku meletakkan di dalam kitab sohih ini satu hadis pun kecuali aku mandi terlebih dahulu sebelum itu dan aku bersolat dua rakaat.di dlm kejuhudan Imam Bukhari beliau telah berjaya menghimpunkan sebanyak 600,000 hadis di dalam masa 16 tahun.
Imam Bukhari wafat pada tahun 256 hijrah di malam aidilfitri ketika berusia 62 tahun. |