|
PENGORBANAN TIADA SEMPADAN... |
Thursday, November 30, 2006 |
SALAM EIDULADHA pembuka bicara ana buat kali ini. 3awashir mabrook buat teman-teman seperjuangan semua. Sedar tak sedar setelah ditolak, ditambah, dibahagi, dikali maka genaplah 458 hari ana berada di bumi ANDALUS yang suatu ketika dulu amat masyhur di mata dunia. Kejatuhan kerajaan ANDALUSIA ke tangan SEPANYOL mempengaruhi sebahagian besar masyarakat MOROCCO di kala ini. Budaya, adat dan tatacara lebih bercirikan EROPAH. Namun di sinilah bermula segalanya bagi diri ana hampir 18 tahun terperuk di tempat kelahiran sendiri. Di sinilah bermula satu kehidupan yang amat bermakna buat diri ini. Di sini baru ana tahu untuk hidup berdikari tanpa keluarga tersayang di sisi. Sahabat-sahabat seperjuanganlah yang menjadi penghibur di kala kesunyian, di kala kesedihan, di kala kesempitan. Mereka ibarat seperti keluarga sendiri bila berada di perantauan seperti ini. Namun semuanya perlu ditempuh, dilalui, direntasi dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.
KISAH hidup seseorang pasti banyak ranjau dan durinya, begitu jua dengan ana. Selangkah kaki turun dari kapal terbang sejuta fikiran melayang memikirkan situasi dan persekitaran baru yang bakal ditempuhi. Buat pertama kali berkomunikasi dengan arab ana rasakan diri ini amat lemah dan tak berguna. Terasa satu perubahan yang begitu drastik dan amat sukar diterima. Namun semuanya kesilapan dari diri ini juga yang tiada kemahuan untuk belajar lebih mendalam sebelum melangkah ke sini. Walaubagaimanapun, tiada kalimah sesal@kecewa@seumpa denganya dalam diri ini. Usaha perlu diteruskan demi masa depan yang tak tahu penghujungnya. Hari demi hari dilalui, jam demi jam direntasi, detik demi detik diteliti dan alhamdulillah hingga ke saat ini ana masih boleh menjalankan kehidupan seperti orang lain. Sejak dari tahun sem 1 menjejakkan kaki ke universiti kemudian naik pula ke sem 2 dan kini di penghujung sem 3, banyak pengalaman ditimba jua onak duri yang diterima. Namun itu semua bukan alasan untuk ana mengundur diri sebelum berjaya. Setiap manusia ada kelemahan ada kelebihan, ada baiknya, ada buruknya. Kesilapan lalu jadikan pengajaran buat pedoman masa depan.
Pengorbanan oh pengorbanan... Kalimah yang harus ada di setiap diri insan yang hidup di muka bumi ALLAH SWT ini. Pengorbanan berlaku sejak dari zaman nabi sebelum Nabi Muhammad SAW lagi hingga ke hari ini. Ungkapan pengorbanan bisa disebut di segenap bibir masyarakat zaman kini. Pernah ana fikir apakah pengorbanan kita terhadap ALLAH SWT? Apakah pengorbanan kita terhadap Nabi MUHAMMAD SAW? Apakah pengorbanan kita terhadap agama ISLAM? Apakah pengorbanan kita untuk keluarga kita, untuk masyarakat, untuk bangsa, untuk negara dan diri kita sendiri? Tepuk dada tanya iman sendiri. Sehingga ke saat ini, alhamdulillah segalanya berjalan lancar kehidupan ana di sini dengan bantuan ALLAH SWT. Moga ALLAH SWT tetapkan niat ana ke sini untuk apa, untuk siapa, dan mengapa ke sini serta kenapa ana di sini. Marilah kita membuat satu pengorbanan yang bisa membibitkan rasa gembira bagi orang yang berdamping dengan kita. Tak kira maha berkuasa ataupun manusia biasa.
Di hari mulia dan indah ini, ungkapan kemaafan dari ana buat semua sahabat. Semoga aidiladha kali ini bermakna buat diri sahabat-sahabat semua. Tautan yang kini bina dan semai berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah. Buang yang keruh ambil yang jernih agar hidup sentiasa diredhai dan diberkati. Salam diucap penutup kalam buat kali ini. Moga ketemu di lain bicara. |
posted by imtiaz @ 11:12 PM |
|
|
|
. : Me : . |
IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
See My Story
|
. : Previous Post : . |
|
. : Archives : . |
|
. : Cogitation : . |
|
|