|
PIMPINAN BERWIBAWA PENENTU MASA DEPAN KITA... |
Saturday, June 21, 2008 |
 Assalamualaikum WBT..moga sahabat2 seperjuangan semua sehat hendaknya. Malam ni ana terfikir sejenak,mengintai tirai malam yang kian berlabuh. Apa je yang bermain di fikiran ni,emel dibelek2,buku pun belek juga sebab minggu depan dah start istdrok. Patutlah rase cam de something je yg xkena, tgh dok2 depan pc belek emel, tibe2 kat bawah skrin pc ni tertulis "[Pmmmgroups_morocco] PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM PMMM SESI 2008/2009". Hati ni pun tergerak tibe2, rupenye sedar xsedar dah nak dkt pilihanraya umum bagi PMMM. Tapi yg ana pelik, sejak emel keputusan pilihanraya umum dikeluarkan pada 4 Jun 08(2.04am), ana pasti xde sebarang kempen dijalankan(cume kempen daripada saudara Imad-kempen jangan undi saya,hehe..), tp xtahulah klu kempen underground2 ni,wallahua3lam. Kemudian, 2lagi emel terbaru daripada SPR, maybe mengejutkan ahli2 PMMM mengenai penarikan diri calon pilihanraya PMMM sesi 08/09 & juga emel senarai terbaru keputusan pilihanraya umum. Kalaulah dihitung hari tinggal lagi 15 hari jea lagi nak buang undi, tapi xde la pula rakyat2 PMMM berkempen, ke manalah ye perginya sahabat2 ana semua(mungkin sebuk xm dan plan nak g jalan2 kot "andaian semata2"). Jadi, kalau xde sapa yg nak start, baik ana jeala yg bergerak dulu,hehe.. Tak kan nak kena komen lagi baru nak kempen(macam emel saudara Muhaimin dulu, masa penamaan calon). Erm... rasanya sahabat2 semua dah dapat memahami melalui gambar yg dah ada kat atas tu, bakal2 peneraju PMMM akan datang. Bukan calang2 orang yg bakal memimpin kita nanti, semuanya penuh pengalaman belaka tuh. Jadi, ana ingin mengajak sahabat2 semua meneliti calon2 pilihan ana ni(mungkin juga pilihan anda @ mungkin bkn pilihan anda). Apapun kewibawaan mereka ni dah lama teserlah. Bagi kerusi Presiden,orangnya kecil shj tapi pengalaman dalam mengurus banyak program menjadikan beliau lebih berdedikasi utk merencana sesuatu. Beliau juga merupakan S/U Exco Rohani PMMM sesi 07/08, banyak mengorak langkah dalam menjayakan program2 usrah & ceramah2 online. Beliau yg ana maksudkan adalah Ustaz Wan Mohd Al-faizee Bin Wan Abd Rahaman. Seterusnya bagi kerusi Timb Presiden PMMM sesi 08/09, xlain xbukan Ust Nor Adli Syahri Bin Ab Kadir. Pengalaman beliau berada dalam PMMM xboleh dinafikan lagi. Seorang yg tegas dan sering membantu melicinkan pentadbiran program adalah prinsip beliau. Jadi, sememangnya jawatan ini bersesuain dan layak diberikan kepada beliau.
Kalau kita lihat prestasi beliau dalam bab kesetiausahaan ni xperlulah nak dipertikaikan lagi, sememangnya kebolehan dalam bidang surat menyurat ni seharusnya diberikan kepada insan bernama Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni. Pengalaman menjadikan dirinya sangat diperlukan didalam pentadbiran PMMM akan datang. Mungkin calon bagi kerusi Timb. Setiausaha I ni boleh ana katakan orang yg pendiam tapi berbisa. 2tahun dalam bidang penerbitan & dokumentasi PMMM sudah cukup menilai sejauh mana kemampuan beliau untuk menerajui pimpinan PMMM sesi akan datang. Beliau yg ana maksudkan adalah Ust Muhd Aimaduddin Bin Mohamad Rabeh. Timb. Setiausaha II(??)... beliau aktif di dalam PMMM, sering memberi idea2 yg bernas dan kreatif. Beliau pernah memimpin Exco Helwi sebelum ni, dan juga membantu program2 besar PMMM(cth:Malaysia Day). Beliau seorang yg amanah dalam melakukan tugas2 yg diberikan. Beliau yg ana maksudkan adalah Usth Nur Zahirah Binti Zahid.
Kerusi Bendahari Agung PMMM sesi 08/09 @pun kerusi panas, kerusi ni selayakanya diduduki oleh insan bergelar Exco Sukan,Kebudayaan & Rekreasi tahun ni iaitu Ust Muhammad Khairuddin Bin Husin. Selain memegang jawatan sebagai exco, beliau juga sering diamanahkan untuk menjadi bendahari dalam program2 PMMM. Kecekapan & kebolehan beliau dalam mengemaskini akaun setiap program amat membanggakan. Oleh itu, beliau akan dapat merancang perbelanjaan PMMM dengan sebaiknya pada masa akan datang. Kalau dulu mungkin kewangan PMMM tidak mencecah puluhan ribu, namun kini ekonomi PMMM semakin kukuh. Timb. Bendahari Agung diwujudkan bagi membantu melicinkan pengurusan kewangan PMMM masa akan datang. Seorang yang aktif tapi pendiam. Meminati bab kira mengira ni, juga berskill dalam mengemaskini akaun. Memegang jawatan yang sama sebelum ini, walaupun hanya beberapa bulan, tetapi banyak membantu melancarkan pergerakan PMMM terutamanya didalam urusan bendahari. Jawatan ini memang seharusnya disandang oleh Usth Nur Hafizah Binti Anuar, kewibawaan dan sifat ingin bekerja yang ada pada dirinya amat ditagih oleh PMMM umumnya.
Jadi, wahai sahabat2 seperjuanganku, apa yang antum tunggu lagi, enjin bot pun ana dah startkan, marilah kita bersama2 menuju ke destinasi yang sepatutnya. Bangunlah kita dari tidur yang panjang, mari kita sama2 berkempen bagi calon2 yang ana kemukan ini. Merekalah bakal pemimpin kepada kita, bakal peneraju PMMM akan datang, bakal pembela kita, bakal penaik semangat kita, juga bakal pengorak langkah kita untuk lebih ke depan. Dalam masa 15 hari ini, kita jalankan tanggungjwab kita sebagai ahli PMMM. Marilah berkempen dan fikirkanlah masa depan PMMM. PMMM adalah untuk kita bukan untuk orang lain, kita yang menilai, kita yang menentukan hala tujunya. Sekali lagi ana mengajak sahabat2 semua,undilah calon2 yang ana kemukan ini.
Sebelum ana berundur buat kali ini, mohon maaf kat semua terutama Ust Shakir sebab gambar kat atas tu diambil kat blog beliau(just edit semula je). Moga sahabat2 semua cepat bertindak dalam merealisasikan kecemerlangan PMMM akan datang. Jangan tidur lagi, ayuh kita bangun,kita kempen habis2an, diri anda bakal penentu masa depan anda semua. Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya Allah itu baik, dia tidak menerima melainkan yang baik. Jadi, tulisan ini adalah kebaikan untuk anda semua,fikirkanlah dan renungkanlah sedalam2nya. sekian... |
posted by imtiaz @ 11:02 PM  |
|
2 mai komen |
-
Kesimpulannya...PMMM 2008/2009:
PRESIDEN........FAIZI Timb. Pres.......NOR ADLI
S/U Kehormat....FAKHRUDDIN Timb. S/U1......AIMADUDIN Timb. S/U2......ZAHIRAH Bendhri Agung...KHAIRUDIN Timb. Bndhri.....HAFIZAH
Semoga Mendapat Keredhaan Allah sesi perkhidmatan 2008/2009... Kecemerlangan dunia & akhirat..
ILMU AMAL ISTIQAMAH
-
SETUJU...
VOTE WAJIA - TIMB S/U 2
|
|
<< Home |
|
|
|
|
. : Me : . |
IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
See My Story
|
. : Previous Post : . |
|
. : Archives : . |
|
. : Cogitation : . |
|
|
Kesimpulannya...PMMM 2008/2009:
PRESIDEN........FAIZI
Timb. Pres.......NOR ADLI
S/U Kehormat....FAKHRUDDIN
Timb. S/U1......AIMADUDIN
Timb. S/U2......ZAHIRAH
Bendhri Agung...KHAIRUDIN
Timb. Bndhri.....HAFIZAH
Semoga Mendapat Keredhaan Allah sesi perkhidmatan 2008/2009...
Kecemerlangan dunia & akhirat..
ILMU AMAL ISTIQAMAH