"Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi tumbuhnya memenuhi bumi lembah dan tanah yang tinggi kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada' kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya yang pemurah ibarat air mengalir deras dermanya bagai mencurah-curah kemenangan pasti terjadi kerana ia adalah janji tuhan zaman gemilang islam pasti datang kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman"
. : Time : .
. : Songs : .

. : Best Link : .





. : Chit Chat : .

Free shoutbox @ ShoutMix

. : Friends : .
  • :: AKHI AFIQ ::
  • :: AKHI CHIPTO ::
  • :: AKHI FATHI ::
  • :: AKHI MUHAIMIE ::
  • :: AKHI ROSSAIN ::
  • :: AKHI SALIHIN ::
  • :: AKHI SALMAN ::
  • :: AKHI SEH ::
  • :: AKHI SYED ::
  • :: AKMAL ::
  • :: ANIS ::
  • :: AYU ::
  • :: DELI ::
  • :: IMAD ::
  • :: KAUSAR ::
  • :: KHALILAH ::
  • :: KITARO ::
  • :: ZULPAHANG ::
  • FALSAFAH DUNIA MENGENAI CINTA...
    Wednesday, June 04, 2008
    **Renungkan**

    (1)Sebiji bawang yang diberikan dengan cinta mahalnya ibarat seekor bebiri. {Bidalan Mesir}
    -Insan yang bercinta menilai tinggi pemberian kekasihnya walaupun pemberian itu hanyalah
    satu benda yang murah.

    (2)Sesiapa yang hanya faham sedikit tentang cinta sentiasalah berkata cinta kepada kekasihnya.
    {bidalan Itali}
    -Kata orang, cinta itu tidak perlu diucapkan. Ia sedia difahami dari tingkahlaku kekasih, dan
    tidak semestinya
    sentiasa mengulangi kata ''aku cinta padamu''.

    (3)Bila cinta datang, kesopanan hilang. {Bidalan Tunisia}
    -Hilang sopan perlu dielakkan. Cinta itu boleh menyebabkan seseorang insan hilang rasa malu,
    malah boleh melakukan sesuatu yang mengaibkan di khalayak ramai.

    (4)Insan yang mencintai dengan tulus akan lambat melupakan cinta. {Bidalan Perancis}
    -Insan yang bercinta dengan ikhlas akan setia kepada kekasihnya dan tidak mudah melupakan kekasihnya begitu saja, yang tidak ikhlas mudah berubah hati.

    (5)Sesiapa yang ingin dicintai perlulah lebih dahulu mencintai. {Bidalan Arab}
    -Cinta itu timbal balas. Sukarlah bagi seseorang itu dicintai sebelum dia sendiri dapat
    menunjukkan sesuatu tanda bahawa
    dia cinta pada kekasihnya.

    (6)Bila hati sudah terpaut pada kekasih, siapa peduli kasta apakah dia? {Bidalan India}
    -Rasa cinta tidak mengenal taraf atau kedudukan. Anda mungkin jatuh cinta pada sesiapa saja
    yang menawan hati anda. Tapi bila mahu berkahwin, taraf menjadi pertimbangan.

    (7)Kesalahan itu menebal bila cinta tipis. {Bidalan Inggeris}
    -Bila manusia mencintai kekasihnya, apa yang dilihatnya semuanya elok dan betul. Tapi bila
    cintanya mulai pudar, apa yang dibuat menjadi serba tak kena.

    (8)Pukulan dari yang dicintai adalah sebiji epal. {Bidalan Arab}
    -Orang yang sedang bercinta itu sering memaafkan tanpa perlu kekasihnya meminta maaf.
    Malah, apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya terasa nikmat.

    >>Cinta kepada kekasih-Menurut batasan yang ditentukan, dan sucinya cinta itu masih
    subjektif kepada sejauh mana anda

    >>Cinta kepada Allah-Sepatutnya anda lebih cinta kepadaNYA

    Kemudian...

    >>Cinta kepada Rasulallah dan Islam-Cara hidup terbaik.
    Dengan suka melakukan semua yang disuruh, menjauhi semua yang dilarang untuk
    kesejahteraan anda dan sekelian alam,

    dan jangan lupa

    >>Cinta kepada semua yang kasih kepada Allah dan RasulNya serta yang dikasihi oleh Allah
    dan RasulNya.

    posted by imtiaz @ 5:31 PM  
    0 mai komen
    Post a Comment
    << Home
     
    . : Me : .

    IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
    See My Story
    . : Previous Post : .
    . : Archives : .
    . : Cogitation : .
    SAJAK-MAK...INSAN TERSAYANG-
    Emak... Walau jauh ku berlari?
    Walau dalam laut ku selami, Walau tinggi gunung ku daki;
    Padamu jua akan ku kembali, Kerana kamu aku ada di sini;
    Keranamu aku terus berdiri, Kasihmu buatku yakin menempuh hari;
    Nasihatmu benteng melindungi diri, Emak..
    Tidak dapat ku bayangkan, Jika aku melalui hidup ini tanpamu;
    Tentu beronak jalan di hadapanku, Seperti mana segelintir temanku?
    Terkilan untuk menagih kasih ibu, Andai ada orang bertanya;
    Jika aku diberi peluang untuk meminta...apakah yang aku inginkan, Aku akan berkata...
    Aku tidak mahukan apa-apa...Kerana Allah telah mengurniakan aku seorang IBU...
    Anugerah yang tidak ternilai, apakah yang aku inginkan, Harganya...
    91205))k e m b a r a.. i l m u.. p e r s i s.. m u t i a r a.. k e h i d u p a n >>Template by Isnaini Dot Com