"Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi tumbuhnya memenuhi bumi lembah dan tanah yang tinggi kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada' kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya yang pemurah ibarat air mengalir deras dermanya bagai mencurah-curah kemenangan pasti terjadi kerana ia adalah janji tuhan zaman gemilang islam pasti datang kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman"
. : Time : .
. : Songs : .

. : Best Link : .





. : Chit Chat : .

Free shoutbox @ ShoutMix

. : Friends : .
  • :: AKHI AFIQ ::
  • :: AKHI CHIPTO ::
  • :: AKHI FATHI ::
  • :: AKHI MUHAIMIE ::
  • :: AKHI ROSSAIN ::
  • :: AKHI SALIHIN ::
  • :: AKHI SALMAN ::
  • :: AKHI SEH ::
  • :: AKHI SYED ::
  • :: AKMAL ::
  • :: ANIS ::
  • :: AYU ::
  • :: DELI ::
  • :: IMAD ::
  • :: KAUSAR ::
  • :: KHALILAH ::
  • :: KITARO ::
  • :: ZULPAHANG ::
  • MENGURUS MASA MENGIKUT SYARIAT...
    Monday, January 15, 2007

    BIJAK pandai mengatakan, masa itu emas. Sejak zaman dulu, manusia mengakui emas sesuatu yang amat bernilai. Memiliki emas sama ada sebagai harta atau barang perhiasan juga membanggakan diri. Melihat kepada tingginya nilai emas di pasaran dan sukar pula untuk memperolehnya tanpa ikhtiar dan usaha, maka nilaiannya disandarkan kepada masa. Walaupun emas tetap mahal, namun jika dibandingkan dengan masa, nilainya sama sekali tidak dapat disamakan dengan harta benda dan wang ringgit, kerana masa tidak boleh ditukar ganti atau boleh dibeli dan dikembali jika ia sudah berlalu. Sekiranya kita tidak berusaha untuk mendahuluinya dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita, yakni kita akan mengalami kerugian besar kerana membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat.

    Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui akan ada tugasan dan urusan yang harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing. Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh dan waktu tertentu untuk mereka menyiapkan sebarang tugasan, apabila ia dapat disiapkan pada masa dan tempoh seperti ditetapkan. Pekerja sebeginilah yang benar-benar memahami dan menghayati betapa pentingnya mengikut ketetapan masa kerana setiap detik berlalu, ia tidak dapat diulang kembali. Islam mengajar manusia cara dan kaedah menjaga dan mengurus masa dengan baik dan berkesan mengikut kehendak syariat.

    Di antara kaedah-kaedahnya ialah:

    - Membuat perancangan teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu sama ada masa harian, mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan sebarang pembaziran masa. Tempoh penyiapan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan tempoh tertentu bagi menentukan proses penyiapannya, untuk mengelakkan ia menjadi kerja yang bertangguh dan tidak sistematik.

    Nabi Ibrahim umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian sebagaimana berikut:

    - Waktu untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah.

    - Waktu untuk bermuhasabah diri.

    - Waktu untuk berfikir mengenai ciptaan Allah.

    - Waktu untuk keperluan hidup seperti makan dan minum.

    - Sentiasa menepati masa : Sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, masyarakat, bangsa dan negara, kita hendaklah menjadi orang yang sentiasa menepati masa untuk mengelak timbul hal negatif akibat daripada kecuaian.

    Sebuah kata-kata hikmah menyatakan : "Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok".

    - Jangan membazir masa. Orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memenuhkan masa hidupnya dengan melakukan perkara bermanfaat untuk diri dan orang lain dengan mengelakkan daripada terbabit dengan pekerjaan yang makruh, apatah lagi yang haram dan maksiat.

    - Menjaga kualiti masa. Kualiti masa bagi seseorang berbeza-beza mengikut keupayaan, persepsi dan kemampuan mengisi masa dalam kehidupan seharian. Namun begitu, Islam menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat Islam.

    Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati"

    - Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Berdasarkan hadis di atas manusia amat dituntut untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu apabila sudah nekad melakukan sesuatu tugasan pada masa hidup, senang, sihat, dan dalam usia muda dengan tenaga yang masih kuat, maka berusahalah untuk menghasilkan sesuatu natijah atau hasil yang benar-benar mampu untuk dibanggai orang lain.

    Firman Allah dalam surah al-Maidah bermaksud : "Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan." Rasulullah pula bersabda: "Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya"

    - Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan beristiqamah apabila diberi tugasan adalah satu ibadat.

    - Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan yang dilakukan tidak semua akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai guru dan pengalaman untuk menilai kembali kekuatan dan persediaan diri menghadapi tugasan hidup yang lain.

    Di dalam al-Quran, Allah menyatakan dengan terang berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka. Surah al-Asr menjelaskannya: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".

    (diolah dari islamic yahoogroups)
    posted by imtiaz @ 4:21 PM   0 comments
    CERITA PERANGKU....
    Friday, January 12, 2007
    Assalamualaikum WBT...

    Apa habaq sahabat² semua... ana harap semua sihat sokmo. Alhamdulillah dah hampir 2minggu ana berperang akhirnya tamat juga.. tapi lom tahu lagi kesudahannya.. nak tau perang apa?? Apalagi kalau bukan imtihan.. baru jer minggu ni ana selesai final xm sem 3. Rasa macam leh buat arituh, tapi tak taulah resultnya. Semuanya hanya ALLAH SWT yang tahu. Kat jamiah ana belajaq ni kire oklah berbanding dengan jamiah lain yang kadang² buat xm mengejut.. tapi, ada tapi juga.. tapi memang letih sikit xm arituh.. mana tidaknya ada 3paper dalam satu hari.. tak tau nak baca mana satu.. nak tak nak bacalah juga semuanya.. kire boleh lah buat.

    Untuk sem 3 ni ana ambil 13 madah semuanya.. banyak tu, tapi nak wat lagu mana.. dah semua wajib amik, so amik jerlah.. Arituh ana start xm hari Isnin... time tu ada 2madah ( نصوص قرآنية/نشأة الاقتصاد الاسلامي ). Then, hari berikutnya pula ada ada 3madah (
    أصول الفقه 1/علوم القرأن/نصوص حديثية ). Hari seterusnya Rabu pula patut ada 2madah xm asainya tapi dengan tidak semena² xm ditangguhkan.. so, balik rumah baca tuk hari Khamis lak.
    Khamis ada 2madah( علوم الحديث/خصاًص الاقتصاد الاسلامي). Then, Jumaat cutikan nak sambut Eiduladha.. so, tangguhlah xm pas raya.. terduga ana nak raya, nak xm.. tapi mantain.. raya tetap raya, xm tetap xm. merdeka kejap.

    Ok, pas abes raya, dah makan daging banyak ni.. pastu kena juga buat xm, kalau tak macam ustaz Wati kata selalulah " 3indaka sifar " , hihi.. then, xm ana bersambung hari Rabu.. time tu ada 2madah ( اللغة الإطالية/قضايا الاقتصاد الاسلامي ). Hari Khamis pula ada satu jer xm ( المنطق )... sambung lagi Jumaat sepatutnya hari last xm, pastu merdeka... masa tu ada 3madah.. tup..tup.. tinggal se madah jer ( إعلاميات ). Minggu depannya sambung lagi.. kire minggu ni lah tu.. Isnin arituh 1madah( فن الخطاب ). Last day xm ana Selasa ( أصول الفقه 2 ). Maka berakhirlah peperangan ana selam hampir 3minggu.. Penuh dugaan dan keletihan... nama pun xm, memanglah letih..hehe;-..

    So, dah berapa ana tak ke Jamiah ni.. maklumlah xm dah habis. Sekarang ni duduk rumah, makan tidur2X.. itulah kerja seharian.. tapi hari ni dah masuk hari ke-4 ana duduk rumah, rasa bosan pula.. nak pi jalan² malas pula.. entahlah apa ana nak buat pon tak taulah.. nampak gaya macam tunggu je result keluaq minggu depan...erm.. dah tak tau nak citer pe lagi, so tunggulah entry akan datang.. maybe ana cite natijah ana kot. hihi.. malulah.. oklah semua, lenkali jumpa lagi. Grazie sudi membaca. Adios wa bslamah.

    " ALLAH SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan menuntut ilmu di antara kamu ; sesungguhnya ALLAH SWT maha teliti dengan apa yang kamu lakukan " ( al-Mujadilah : 11)
    posted by imtiaz @ 7:16 PM   0 comments
    HIDUP KITA HANYA TIGA JAM...
    Tuesday, January 09, 2007


    SALAM buat semua TEMAN. InsyaAllah hari ini ana nak bawakan satu kisah yang telah diolah skripnya oleh ana sendiri dari seorang SAHABAT di yahoo. Sama²lah kita hayati...

    Sejam ~ Sudah menjadi sejarah.
    Sekarang ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
    Sejam kemudian ~ Belum pasti apa yang terjadi.

    Hisablah jam yang pertama semoga jam yang kedua
    kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada jam yang kedua.

    HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
    (1)Nafas Naik.
    (2)Nafas Turun.

    HARGAILAH Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

    Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

    HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:
    Hidup dalam keredhaan ALLAH SWT.
    Hidup dalam kemurkaan ALLAH SWT.

    HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
    Kekal di dalam neraka.
    Kekal di dalam syurga.

    INGATLAH
    kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
    Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

    KELAZATAN DAN KESEJAHTERAAN syurga itu maha HEBAT.
    Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.
    Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu maka puncaknya adalah SOLAT.
    Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

    Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.
    Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

    Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
    Dia mungkin didenda atau suratnya masuk tong sampah.

    OLEH ITU
    , tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita, Sekurang-kurangnya ALLAH SWT telah memberi udara
    secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya
    setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
    kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALLAH SWT meredhai.

    Semoga kita semua berbahagia + sejahtera sentiasa di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALLAH SWT.

    "Fikirkanlah SAHABAT² sekalian";

    sekian buat kali ini, jumpa di lain masa.
    Wassalam.
    posted by imtiaz @ 7:29 PM   0 comments
    . : Me : .

    IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
    See My Story
    . : Previous Post : .
    . : Archives : .
    . : Cogitation : .
    SAJAK-MAK...INSAN TERSAYANG-
    Emak... Walau jauh ku berlari?
    Walau dalam laut ku selami, Walau tinggi gunung ku daki;
    Padamu jua akan ku kembali, Kerana kamu aku ada di sini;
    Keranamu aku terus berdiri, Kasihmu buatku yakin menempuh hari;
    Nasihatmu benteng melindungi diri, Emak..
    Tidak dapat ku bayangkan, Jika aku melalui hidup ini tanpamu;
    Tentu beronak jalan di hadapanku, Seperti mana segelintir temanku?
    Terkilan untuk menagih kasih ibu, Andai ada orang bertanya;
    Jika aku diberi peluang untuk meminta...apakah yang aku inginkan, Aku akan berkata...
    Aku tidak mahukan apa-apa...Kerana Allah telah mengurniakan aku seorang IBU...
    Anugerah yang tidak ternilai, apakah yang aku inginkan, Harganya...
    91205))k e m b a r a.. i l m u.. p e r s i s.. m u t i a r a.. k e h i d u p a n >>Template by Isnaini Dot Com