"Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi tumbuhnya memenuhi bumi lembah dan tanah yang tinggi kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada' kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya yang pemurah ibarat air mengalir deras dermanya bagai mencurah-curah kemenangan pasti terjadi kerana ia adalah janji tuhan zaman gemilang islam pasti datang kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman"
. : Time : .
. : Songs : .

. : Best Link : .





. : Chit Chat : .

Free shoutbox @ ShoutMix

. : Friends : .
  • :: AKHI AFIQ ::
  • :: AKHI CHIPTO ::
  • :: AKHI FATHI ::
  • :: AKHI MUHAIMIE ::
  • :: AKHI ROSSAIN ::
  • :: AKHI SALIHIN ::
  • :: AKHI SALMAN ::
  • :: AKHI SEH ::
  • :: AKHI SYED ::
  • :: AKMAL ::
  • :: ANIS ::
  • :: AYU ::
  • :: DELI ::
  • :: IMAD ::
  • :: KAUSAR ::
  • :: KHALILAH ::
  • :: KITARO ::
  • :: ZULPAHANG ::
  • KEMBARA SUNAN SITTAH...
    Monday, January 14, 2008

    Imam An Nasai’e

    Nama beliau ialah Abu Abdurahman Ahmad b. Ali b. Syuib b. Bahr b. Sinan b. Dinar An Nasai. Beliau dilahirkan di Nasa dalam negeri Khurasan pada tahun 215 hijrah. Di antara tempat rehlah beliau di dalam menuntut ilmu ialah Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Al-Jazirah.

    Di antara sheikh beliau yg mashur ialah Qutaibah b. Said ketika itu beliau berusia 15 tahun. Beliau telah bersamanya selama setahun dua bulan. Di atas kesungguhannya di dalam menuntut ilmu, sehingga beliau tidak berpisah dengan gurunya kecuali untuk tidur dan makan ataupun untuk menunaikan hajat kehidupan yang lain. Selain itu beliau juga mendengar hadis dari ulama-ulama yang masyhur yang lain, antaranya Imam Abu Daud dan Imam Tarmizi. Di antara muridnya ialah Abu Qasim At tabrani dan Abu jaafar Attohawi.

    Beliau seorang yang taat dan patuh di dalam agama serta banyak beribadat sehingga dikatakan beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari (selang sehari). Beliau juga seorang yang berani di dalam berjihad. Beliau pernah menyertai umat islam bersama Amir Mesir di dalam peperangan.

    Di dalam bab pengakuan ulama-ulama ke atasnya, berkata Abu ALi An naisaburi : ( An Nasai) syarat yang di letakkan di dalam bab rijal lebih ketat daripada syarat Imam Muslim dan beliau adalah ulama orang muslim.
    Berkata An Naisaburi : beliau adalah imam di dalam hadis dan tiada tolok bandingannya.

    Telah berkata Ad-Darqatani: beliau telah keluar ke haji kemudian ujian menimpa beliau di Damsyik.maka berkata An Nasai : bawalah aku ke Mekah. Maka beliau telah dibawa ke mekah dan wafat di sana. Beliau telah ditanam di antara safa' dan marwah iaitu pada bulan sya'ban di dalam tahun 303 hijrah.rahimahullah.

    Peninggalan beliau:

    1. السنن الكبرى
    السنن الصغرى .2

    posted by imtiaz @ 5:32 AM   0 comments
    . : Me : .

    IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
    See My Story
    . : Previous Post : .
    . : Archives : .
    . : Cogitation : .
    SAJAK-MAK...INSAN TERSAYANG-
    Emak... Walau jauh ku berlari?
    Walau dalam laut ku selami, Walau tinggi gunung ku daki;
    Padamu jua akan ku kembali, Kerana kamu aku ada di sini;
    Keranamu aku terus berdiri, Kasihmu buatku yakin menempuh hari;
    Nasihatmu benteng melindungi diri, Emak..
    Tidak dapat ku bayangkan, Jika aku melalui hidup ini tanpamu;
    Tentu beronak jalan di hadapanku, Seperti mana segelintir temanku?
    Terkilan untuk menagih kasih ibu, Andai ada orang bertanya;
    Jika aku diberi peluang untuk meminta...apakah yang aku inginkan, Aku akan berkata...
    Aku tidak mahukan apa-apa...Kerana Allah telah mengurniakan aku seorang IBU...
    Anugerah yang tidak ternilai, apakah yang aku inginkan, Harganya...
    91205))k e m b a r a.. i l m u.. p e r s i s.. m u t i a r a.. k e h i d u p a n >>Template by Isnaini Dot Com