"Islam yang telah berkembang laksana bunga yang indah yang berkembang mekar harum mewangi tumbuhnya memenuhi bumi tumbuhnya memenuhi bumi lembah dan tanah yang tinggi kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada' kembangnya itu telah disirami oleh air peluh para mujahid tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid panduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya yang pemurah ibarat air mengalir deras dermanya bagai mencurah-curah kemenangan pasti terjadi kerana ia adalah janji tuhan zaman gemilang islam pasti datang kerana ia adalah sabda nabi akhir zaman"
. : Time : .
. : Songs : .

. : Best Link : .





. : Chit Chat : .

Free shoutbox @ ShoutMix

. : Friends : .
  • :: AKHI AFIQ ::
  • :: AKHI CHIPTO ::
  • :: AKHI FATHI ::
  • :: AKHI MUHAIMIE ::
  • :: AKHI ROSSAIN ::
  • :: AKHI SALIHIN ::
  • :: AKHI SALMAN ::
  • :: AKHI SEH ::
  • :: AKHI SYED ::
  • :: AKMAL ::
  • :: ANIS ::
  • :: AYU ::
  • :: DELI ::
  • :: IMAD ::
  • :: KAUSAR ::
  • :: KHALILAH ::
  • :: KITARO ::
  • :: ZULPAHANG ::
  • MARI MENGENAL IMAM QIRAAT 1 (امام نافع)
    Saturday, March 14, 2009
    Imam Nafi' (امام نافع)

    Nama Sebenar nafi' Bin Abdul Rahman Bin Allaisi. Beliau digelar dengan nama Abu Ruyam.
    Bersifat mulia dan baik hati. Beliau wafat pada tahun 167Hijrah ketika berumur 99 tahun. Beliau mempunyai dua orang anak murid iaitu:

    (1) Qalun (Abu Musa Bin Mina Bin Wardan Bin Isa Abdul Samad). Beliau dilahirkan pada tahun 120Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220Hijrah.

    (2) Warsy (Abu sa'id Othman Bin Sa'id Bin Abdullah Al-Qibti Al Masri). Beliau dilahirkan pada tahun 110Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197Hijrah.

    bersambung...


    posted by imtiaz @ 12:51 PM   0 comments
    PIMPINAN BERWIBAWA PENENTU MASA DEPAN KITA...
    Saturday, June 21, 2008

    Assalamualaikum WBT..moga sahabat2 seperjuangan semua sehat hendaknya. Malam ni ana terfikir sejenak,mengintai tirai malam yang kian berlabuh. Apa je yang bermain di fikiran ni,emel dibelek2,buku pun belek juga sebab minggu depan dah start istdrok. Patutlah rase cam de something je yg xkena, tgh dok2 depan pc belek emel, tibe2 kat bawah skrin pc ni tertulis "[Pmmmgroups_morocco] PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM PMMM SESI 2008/2009". Hati ni pun tergerak tibe2, rupenye sedar xsedar dah nak dkt pilihanraya umum bagi PMMM. Tapi yg ana pelik, sejak emel keputusan pilihanraya umum dikeluarkan pada 4 Jun 08(2.04am), ana pasti xde sebarang kempen dijalankan(cume kempen daripada saudara Imad-kempen jangan undi saya,hehe..), tp xtahulah klu kempen underground2 ni,wallahua3lam. Kemudian, 2lagi emel terbaru daripada SPR, maybe mengejutkan ahli2 PMMM mengenai penarikan diri calon pilihanraya PMMM sesi 08/09 & juga emel senarai terbaru keputusan pilihanraya umum.

    Kalaulah dihitung hari tinggal lagi 15 hari jea lagi nak buang undi, tapi xde la pula rakyat2 PMMM berkempen,
    ke manalah ye perginya sahabat2 ana semua(mungkin sebuk xm dan plan nak g jalan2 kot "andaian semata2"). Jadi, kalau xde sapa yg nak start, baik ana jeala yg bergerak dulu,hehe.. Tak kan nak kena komen lagi baru nak kempen(macam emel saudara Muhaimin dulu, masa penamaan calon).

    Erm... rasanya sahabat2 semua dah dapat memahami melalui gambar yg dah ada kat atas tu, bakal2 peneraju PMMM akan datang. Bukan calang2 orang yg bakal memimpin kita nanti, semuanya penuh pengalaman belaka tuh. Jadi, ana ingin mengajak sahabat2 semua meneliti calon2 pilihan ana ni(mungkin juga pilihan anda @ mungkin bkn pilihan anda). Apapun kewibawaan mereka ni dah lama teserlah. Bagi kerusi Presiden,orangnya kecil shj tapi pengalaman dalam mengurus banyak program menjadikan beliau lebih berdedikasi utk merencana sesuatu. Beliau juga merupakan S/U Exco Rohani PMMM sesi 07/08, banyak mengorak langkah dalam menjayakan program2 usrah & ceramah2 online. Beliau yg ana maksudkan adalah Ustaz
    Wan Mohd Al-faizee Bin Wan Abd Rahaman. Seterusnya bagi kerusi Timb Presiden PMMM sesi 08/09, xlain xbukan Ust Nor Adli Syahri Bin Ab Kadir. Pengalaman beliau berada dalam PMMM xboleh dinafikan lagi. Seorang yg tegas dan sering membantu melicinkan pentadbiran program adalah prinsip beliau. Jadi, sememangnya jawatan ini bersesuain dan layak diberikan kepada beliau.

    Kalau kita lihat prestasi beliau dalam bab kesetiausahaan ni xperlulah nak dipertikaikan lagi, sememangnya kebolehan dalam bidang surat menyurat ni seharusnya diberikan kepada insan bernama Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni. Pengalaman menjadikan dirinya sangat diperlukan didalam pentadbiran PMMM akan datang. Mungkin calon bagi kerusi Timb. Setiausaha I ni boleh ana katakan orang yg pendiam tapi berbisa. 2tahun dalam bidang penerbitan & dokumentasi PMMM sudah cukup menilai sejauh mana kemampuan beliau untuk menerajui pimpinan PMMM sesi akan datang. Beliau yg ana maksudkan adalah Ust
    Muhd Aimaduddin Bin Mohamad Rabeh. Timb. Setiausaha II(??)... beliau aktif di dalam PMMM, sering memberi idea2 yg bernas dan kreatif. Beliau pernah memimpin Exco Helwi sebelum ni, dan juga membantu program2 besar PMMM(cth:Malaysia Day). Beliau seorang yg amanah dalam melakukan tugas2 yg diberikan. Beliau yg ana maksudkan adalah Usth Nur Zahirah Binti Zahid.

    Kerusi Bendahari Agung PMMM sesi 08/09 @pun kerusi panas, kerusi ni selayakanya diduduki oleh insan bergelar Exco Sukan,Kebudayaan & Rekreasi tahun ni iaitu Ust Muhammad Khairuddin Bin Husin. Selain memegang jawatan sebagai exco, beliau juga sering diamanahkan untuk menjadi bendahari dalam program2 PMMM. Kecekapan & kebolehan beliau dalam mengemaskini akaun setiap program amat membanggakan. Oleh itu, beliau akan dapat merancang perbelanjaan PMMM dengan sebaiknya pada masa akan datang. Kalau dulu mungkin kewangan PMMM tidak mencecah puluhan ribu, namun kini ekonomi PMMM semakin kukuh. Timb. Bendahari Agung diwujudkan bagi membantu melicinkan pengurusan kewangan PMMM masa akan datang. Seorang yang aktif tapi pendiam. Meminati bab kira mengira ni, juga berskill dalam mengemaskini akaun. Memegang jawatan yang sama sebelum ini, walaupun hanya beberapa bulan, tetapi banyak membantu melancarkan pergerakan PMMM terutamanya didalam urusan bendahari. Jawatan ini memang seharusnya disandang oleh Usth Nur Hafizah Binti Anuar, kewibawaan dan sifat ingin bekerja yang ada pada dirinya amat ditagih oleh PMMM umumnya.

    Jadi, wahai sahabat2 seperjuanganku, apa yang antum tunggu lagi, enjin bot pun ana dah startkan, marilah kita bersama2 menuju ke destinasi yang sepatutnya. Bangunlah kita dari tidur yang panjang, mari kita sama2 berkempen bagi calon2 yang ana kemukan ini. Merekalah bakal pemimpin kepada kita, bakal peneraju PMMM akan datang, bakal pembela kita, bakal penaik semangat kita, juga bakal pengorak langkah kita untuk lebih ke depan. Dalam masa 15 hari ini, kita jalankan tanggungjwab kita sebagai ahli PMMM. Marilah berkempen dan fikirkanlah masa depan PMMM. PMMM adalah untuk kita bukan untuk orang lain, kita yang menilai, kita yang menentukan hala tujunya. Sekali lagi ana mengajak sahabat2 semua,undilah calon2 yang ana kemukan ini.

    Sebelum ana berundur buat kali ini, mohon maaf kat semua terutama Ust Shakir sebab gambar kat atas tu diambil kat blog beliau(just edit semula je). Moga sahabat2 semua cepat bertindak dalam merealisasikan kecemerlangan PMMM akan datang. Jangan tidur lagi, ayuh kita bangun,kita kempen habis2an, diri anda bakal penentu masa depan anda semua. Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya Allah itu baik, dia tidak menerima melainkan yang baik. Jadi, tulisan ini adalah kebaikan untuk anda semua,fikirkanlah dan renungkanlah sedalam2nya. sekian...
    posted by imtiaz @ 11:02 PM   2 comments
    FALSAFAH DUNIA MENGENAI CINTA...
    Wednesday, June 04, 2008
    **Renungkan**

    (1)Sebiji bawang yang diberikan dengan cinta mahalnya ibarat seekor bebiri. {Bidalan Mesir}
    -Insan yang bercinta menilai tinggi pemberian kekasihnya walaupun pemberian itu hanyalah
    satu benda yang murah.

    (2)Sesiapa yang hanya faham sedikit tentang cinta sentiasalah berkata cinta kepada kekasihnya.
    {bidalan Itali}
    -Kata orang, cinta itu tidak perlu diucapkan. Ia sedia difahami dari tingkahlaku kekasih, dan
    tidak semestinya
    sentiasa mengulangi kata ''aku cinta padamu''.

    (3)Bila cinta datang, kesopanan hilang. {Bidalan Tunisia}
    -Hilang sopan perlu dielakkan. Cinta itu boleh menyebabkan seseorang insan hilang rasa malu,
    malah boleh melakukan sesuatu yang mengaibkan di khalayak ramai.

    (4)Insan yang mencintai dengan tulus akan lambat melupakan cinta. {Bidalan Perancis}
    -Insan yang bercinta dengan ikhlas akan setia kepada kekasihnya dan tidak mudah melupakan kekasihnya begitu saja, yang tidak ikhlas mudah berubah hati.

    (5)Sesiapa yang ingin dicintai perlulah lebih dahulu mencintai. {Bidalan Arab}
    -Cinta itu timbal balas. Sukarlah bagi seseorang itu dicintai sebelum dia sendiri dapat
    menunjukkan sesuatu tanda bahawa
    dia cinta pada kekasihnya.

    (6)Bila hati sudah terpaut pada kekasih, siapa peduli kasta apakah dia? {Bidalan India}
    -Rasa cinta tidak mengenal taraf atau kedudukan. Anda mungkin jatuh cinta pada sesiapa saja
    yang menawan hati anda. Tapi bila mahu berkahwin, taraf menjadi pertimbangan.

    (7)Kesalahan itu menebal bila cinta tipis. {Bidalan Inggeris}
    -Bila manusia mencintai kekasihnya, apa yang dilihatnya semuanya elok dan betul. Tapi bila
    cintanya mulai pudar, apa yang dibuat menjadi serba tak kena.

    (8)Pukulan dari yang dicintai adalah sebiji epal. {Bidalan Arab}
    -Orang yang sedang bercinta itu sering memaafkan tanpa perlu kekasihnya meminta maaf.
    Malah, apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya terasa nikmat.

    >>Cinta kepada kekasih-Menurut batasan yang ditentukan, dan sucinya cinta itu masih
    subjektif kepada sejauh mana anda

    >>Cinta kepada Allah-Sepatutnya anda lebih cinta kepadaNYA

    Kemudian...

    >>Cinta kepada Rasulallah dan Islam-Cara hidup terbaik.
    Dengan suka melakukan semua yang disuruh, menjauhi semua yang dilarang untuk
    kesejahteraan anda dan sekelian alam,

    dan jangan lupa

    >>Cinta kepada semua yang kasih kepada Allah dan RasulNya serta yang dikasihi oleh Allah
    dan RasulNya.

    posted by imtiaz @ 5:31 PM   0 comments
    KEMBARA SUNAN SITTAH...
    Monday, January 14, 2008

    Imam An Nasai’e

    Nama beliau ialah Abu Abdurahman Ahmad b. Ali b. Syuib b. Bahr b. Sinan b. Dinar An Nasai. Beliau dilahirkan di Nasa dalam negeri Khurasan pada tahun 215 hijrah. Di antara tempat rehlah beliau di dalam menuntut ilmu ialah Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Al-Jazirah.

    Di antara sheikh beliau yg mashur ialah Qutaibah b. Said ketika itu beliau berusia 15 tahun. Beliau telah bersamanya selama setahun dua bulan. Di atas kesungguhannya di dalam menuntut ilmu, sehingga beliau tidak berpisah dengan gurunya kecuali untuk tidur dan makan ataupun untuk menunaikan hajat kehidupan yang lain. Selain itu beliau juga mendengar hadis dari ulama-ulama yang masyhur yang lain, antaranya Imam Abu Daud dan Imam Tarmizi. Di antara muridnya ialah Abu Qasim At tabrani dan Abu jaafar Attohawi.

    Beliau seorang yang taat dan patuh di dalam agama serta banyak beribadat sehingga dikatakan beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari (selang sehari). Beliau juga seorang yang berani di dalam berjihad. Beliau pernah menyertai umat islam bersama Amir Mesir di dalam peperangan.

    Di dalam bab pengakuan ulama-ulama ke atasnya, berkata Abu ALi An naisaburi : ( An Nasai) syarat yang di letakkan di dalam bab rijal lebih ketat daripada syarat Imam Muslim dan beliau adalah ulama orang muslim.
    Berkata An Naisaburi : beliau adalah imam di dalam hadis dan tiada tolok bandingannya.

    Telah berkata Ad-Darqatani: beliau telah keluar ke haji kemudian ujian menimpa beliau di Damsyik.maka berkata An Nasai : bawalah aku ke Mekah. Maka beliau telah dibawa ke mekah dan wafat di sana. Beliau telah ditanam di antara safa' dan marwah iaitu pada bulan sya'ban di dalam tahun 303 hijrah.rahimahullah.

    Peninggalan beliau:

    1. السنن الكبرى
    السنن الصغرى .2

    posted by imtiaz @ 5:32 AM   0 comments
    sam:KEMBARA SUNAN SITTAH...
    Saturday, September 08, 2007
    Imam Abu Daud

    Nama beliau ialah Sulaiman b. Al Ash'ath b.Ishaq b.Bashir b. Shaddad b. Amir b. Al Azdii Al Sijastanii.kebanyakan ahli sejarah berpendapat beliau lahir pada tahu 202 hijrah, tanpa ditetapkan hari,bulan dan negara kelahiran.manakala kisah² rehlah Imam Abu Daud ada dijelaskan di dalam kitab Tarikh baghdadi dan juga kitab bidayah wa nihayah oleh ibnu kathir.

    Di antara pujian ulama² keatasnya ada yg menyifatkan beliau menyerupainya syeikhnya iaitu Imam Ahmad b . Hanbal seperti kalam Ibnu jawzi dan Az Zahabi iaitu dari sudut kefaqihannya di dlm Ilmu Illal hadis, fiqh,bersifat wara' dan sebgainya.

    Imam Abu Daud Wafat pada bulan syawal iaitu pada tahun 275 hijrah di basrah.beliau telah ditanam disisi kubur Sufyan At Thuri. radiyallahuanhuma.

    Antara muallif bagi sunan Abi Daud:


    1-
    (الامام( ابو سليمان- أحمد بن ابراهيم بن خطاب البستي) المتوفى سنة 388 هـ شرحه( معالم السنن

    شرح الشيخ( قطب الدين- ابو بكر اليمني الشافعي) المتوفى سنة 653 هـ
    -2

    شرح العلامة( سراج الدين- عمر بن علي الملقن
    -3

    شرح الشيخ( السيوطي) و سماه (مرقاة الصعود الى سنن أبي دأود -
    4

    شرح الشيخ (ابو الحسن السندي المدني) المتوفى سنة 1138 هـ
    -5
    posted by imtiaz @ 1:10 AM   0 comments
    sam:KEMBARA SUNAN SITTAH...
    Friday, August 17, 2007
    Imam Tarmidzi

    Nama beliau Mohammad b.Isa b.Saurah b.Musa b.Addohhak - Abu Isa - Assulamiyyu Al Dorir, Al Bughiyyit Tarmidzi.Nurdin iTir menegaskan bahawa belum dapat dijelaskan oleh ahli sejarah tentang tahun kelahiran beliau tetapi yg jelas disisi kita ialah beliau lahir pada tahun 209 hijrah sepertimana yang disebut oleh sebilangan ahli sejarah.

    Berkaitan permulaan Imam tarmizi menuntut ilmu juga tidak dapat diperincikan oleh ahli sejarah.tetapi dalam rehlahnya beliau pergi ke Iraq dan mendengar hadis disana kemudian ke Hijaz.Nampaknya rehlah Imam Tarmidzi ke Iraq tdk beliau bukan singgah ke baghdad sahaja bahkan terus ke Basrah ,kufah dan selain dari keduanya.sebab itulah ianya tidak tercatit di dalam kitab Tarikh Baghdadi oleh Khatib Baghdadi.

    Imam Tarmizi sempat berguru dengan Imam Bukhari seperti mana kalam Ibnu Solah assofdi "telah mengambil hadis (imam tarmizi) dari Abi Abdullah Bukhari".tempat perujumpaan mereka ialah di naisaburi.ketika itu Imam Bukhari menetap di naisaburi selama 5 tahun dari (250 - 255 hijrah).

    Beliau wafat pada malam Isnin dlm Bulan rejab tahun 279 hijrah selepas mengalami penyakit buta di akhir hayat beliau.
    posted by imtiaz @ 11:00 PM   0 comments
    sam:KEMBARA SUNAN SITTAH...
    Monday, June 11, 2007

    Imam Muslim

    Nama beliau Muslim b.Hjjjaj b.Muslim.ward.karshan (naisaburi).dilahirkan pada tahun 206 hijrah di dlm pemerintahan khlaifah ma'mun.Imam Muslim banyak berehlah di dlm pencarian dan penambahan hadis (iraq,hijjaz,syam dan mesir).

    Imam muslim juga pernah berjumpa dgn Imam Bukhari ketika beliau berusia 40 tahun.imam muslim kembali kerahmatullah pada tahun 261 hijrah di dlm bulan rejab pada hari ahad dan dikebumikan di naisaburi pada hari isnin.

    karangan beliau yg ade disisi kita sekarang..

    1. الكتاب الصحيح المشهور بـ( صحيح مسلم
    2. المنفردات الوحدان
    3. الكني ولأسمأ
    4. التمييز
    5. (رجال (عروة بن زبير
    6. الطباقات

    Jumlah hadis sohih muslim mengikut perkiraan almarhum Mohammad Fuad Al Baqi ( 5 jilid ) bilangannya sampai (3033) hadis dgn menggugurkan apa yg berulang pada matannya dan berbilang sanadnya.terdapat hampir 41 satu syarah bagi kitab sohih muslim.
    1. تفسير غريب الصححين) لـ الحميدي )
    2. المفهم في شرح غريب مسلم) -عبد الغافر بن إسماعيل )
    3. الإيجاز والبيان) لـ ابن الحاج )
    4. شرح الحافظ إسماعيل بن محمد الأصفهاني
    5. المعلم في فوائد مسلم) لـ المزاني )
    6. إكمال المعلم )ألقاضي عياض اليحصبي )
    7. شرح عمادالدين - عبدالرحمن بن عبدالعالي المصري
    8. صيانة صحيح مسلم) لـ عثمان بن عبدالرحمن الشهرزوري )
    9. المفصح المفهم) لـ محمد بن يحيى الأنصاري )
    10. شرح أبي المظفر - يوسف بن قز أوغلي - سبط ابن الجوزي )
    11. المفهم لما أشكال من تلخيص كتاب مسلم) لـ أحمد بن عمر بن إبرهيم القرطبي )
    12. منهاج المحدثين )للنووي )
    13. شرح كتاب مختصر صحيح مسلم) للحافظ المنذري )
    14. إكمال الإكمال )عيسى بن مسعود الزواوي )
    15. فتح الملهم) لـ الدبوبندي )
    16. شرح ابن مهندس) عبدالله بن محمد الصالحي الحنفي )
    17. شرح محمد بن محمود البابرتي
    18. شرح الشيخ شمس الدين محمد بن يوسف القونوي
    19. شرح زوائد مسلم على البخاري )لسراج الدين عمر بن على بن الملقن الشافعي )
    20. إكمال إكمال المعلم )لـ عبدالله بن محمد بن خلف الشناني )
    21. فضل المنعم) لـ ابن عطاء الله الرازي )
    22. شرح تقي الدين أبي بكر بن محمد الحصني
    23. تحفة المنجد والمتهم )مجهول المؤلف )
    24. مكمل إكمال الإكمال )محمد بن يوسف السنوسي )
    25. غنية المحتاج) لـ السخاوي )
    26. الديباج )لـ السيوطي )
    27. منهاج الإبتهاج )لـ العسقلاني)
    28. شرح خطبة مسلم بن الحجاج )القسطلاني )
    29. شرح القاضي زكريا بن محمد الأنصاري
    30. ختم صحيح مسلم )عبد القدير النادمي )
    31. بغية القارئ والمتفهم) السنباطي )
    32. شرح شهاب الدين أحمد بن عبدالحق
    33. شرح صحيح مسلم )لـ إبرهيم بن محمد العجمي الحلبي )
    34. شرح مولانا على القاري الهروي
    35. شرح صحيح مسلم )لـ المناوي )
    36. حاشية السندي
    37. عناية المنعم )لـ عبدالله بن محمد يوسف أفندي زاده حلمي )
    38. حاشيه شرح مسلم )لـ علي بن أحمد السعيدس )
    39. وشي الديباج لـ الدمنتي البجعموي
    40. السراج الوهاج لـ صديق حسن خان

    posted by imtiaz @ 11:39 PM   0 comments
    . : Me : .

    IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
    See My Story
    . : Previous Post : .
    . : Archives : .
    . : Cogitation : .
    SAJAK-MAK...INSAN TERSAYANG-
    Emak... Walau jauh ku berlari?
    Walau dalam laut ku selami, Walau tinggi gunung ku daki;
    Padamu jua akan ku kembali, Kerana kamu aku ada di sini;
    Keranamu aku terus berdiri, Kasihmu buatku yakin menempuh hari;
    Nasihatmu benteng melindungi diri, Emak..
    Tidak dapat ku bayangkan, Jika aku melalui hidup ini tanpamu;
    Tentu beronak jalan di hadapanku, Seperti mana segelintir temanku?
    Terkilan untuk menagih kasih ibu, Andai ada orang bertanya;
    Jika aku diberi peluang untuk meminta...apakah yang aku inginkan, Aku akan berkata...
    Aku tidak mahukan apa-apa...Kerana Allah telah mengurniakan aku seorang IBU...
    Anugerah yang tidak ternilai, apakah yang aku inginkan, Harganya...
    91205))k e m b a r a.. i l m u.. p e r s i s.. m u t i a r a.. k e h i d u p a n >>Template by Isnaini Dot Com