|
sam:KEMBARA SUNAN SITTAH... |
Friday, August 17, 2007 |
Imam Tarmidzi
Nama beliau Mohammad b.Isa b.Saurah b.Musa b.Addohhak - Abu Isa - Assulamiyyu Al Dorir, Al Bughiyyit Tarmidzi.Nurdin iTir menegaskan bahawa belum dapat dijelaskan oleh ahli sejarah tentang tahun kelahiran beliau tetapi yg jelas disisi kita ialah beliau lahir pada tahun 209 hijrah sepertimana yang disebut oleh sebilangan ahli sejarah.
Berkaitan permulaan Imam tarmizi menuntut ilmu juga tidak dapat diperincikan oleh ahli sejarah.tetapi dalam rehlahnya beliau pergi ke Iraq dan mendengar hadis disana kemudian ke Hijaz.Nampaknya rehlah Imam Tarmidzi ke Iraq tdk beliau bukan singgah ke baghdad sahaja bahkan terus ke Basrah ,kufah dan selain dari keduanya.sebab itulah ianya tidak tercatit di dalam kitab Tarikh Baghdadi oleh Khatib Baghdadi.
Imam Tarmizi sempat berguru dengan Imam Bukhari seperti mana kalam Ibnu Solah assofdi "telah mengambil hadis (imam tarmizi) dari Abi Abdullah Bukhari".tempat perujumpaan mereka ialah di naisaburi.ketika itu Imam Bukhari menetap di naisaburi selama 5 tahun dari (250 - 255 hijrah).
Beliau wafat pada malam Isnin dlm Bulan rejab tahun 279 hijrah selepas mengalami penyakit buta di akhir hayat beliau. |
posted by imtiaz @ 11:00 PM  |
|
|
|
. : Me : . |
IBN MOHAMAD RAIS MOHD FAIZAL
See My Story
|
. : Previous Post : . |
|
. : Archives : . |
|
. : Cogitation : . |
|
|